JHEM anjur Musabaqah Membaca Al-Quran

JHEM anjur Musabaqah Membaca Al-Quran

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop akan menganjurkan Musabaqah Membaca Al-Quran bagi lelaki yang berumur 45 tahun ke atas dan perempuan yang berumur 40 tahun ke atas pada 16 dan 17 November ini.

Sehubungan itu, mereka yang ingin menyertai musabaqah tersebut bolehlah mendapatkan borang yang telah diedarkan di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop dan juga melalui Pejabat Hal Ehwal Masjid di daerah masing-masing.

Tarikh tutup bagi mengembalikan borang tersebut ialah pada Sabtu, 12 November ini. Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Haji Juffle bin Haji Mega selaku penolong pengerusi Musabaqah di talian 2223277 pada waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA