Jianlin, individu terkaya China

Jianlin, individu terkaya China

BEIJING, 26 Okt (AFP) – Individu terkaya China memperlihatkan aset kekayaan hampir AS$17 bilion, suatu jumlah yang lebih besar daripada KDNK Iceland tahun lepas, menurut majalah perniagaan Forbes, hari ini.

Wang Jianlin, pengasas hartanah dan konglomerat hiburan Wanda Group, menyaksikan aset hartanya dari AS$13.2 bilion kepada AS$30 bilion pada tahun 2015 sebagai antara individu terkaya China.

Walaupun pertumbuhan ekonomi China yang perlahan, tetapi beliau masih mampu menggandakan aset kekayaannya dengan dorongan daripada dua buah anak syarikatnya.

Kuasa pasaran dan kebolehan kreatif adalah penting untuk membina perniagaan utama di China, Menurut Wang.

Wang Jianlin, pengerusi Wanda Group merupakan individu terkaya di China dengan aset kekayaan mencecah hampir AS$17 bilion menurut majalah Forbes hari ini. – AFP
Wang Jianlin, pengerusi Wanda Group merupakan individu terkaya di China dengan aset kekayaan mencecah hampir AS$17 bilion menurut majalah Forbes hari ini. – AFP

Wang Jianlin dikenali di luar China rentetan pengambilalihan syarikat luar negara termasuk syarikat daripada penganjur pertandingan Ironman, kumpulan pemasaran sukan Swiss dan pegangan saham dalam kelab bola sepak Sepanyol Atletico Madrid.

Beliau dikenali di mata dunia pada tahun 2012 berikutan dengan pembelian rangkaian pawagam hiburan AMC Amerika Syarikat dengan harga $ 2.6 bilion.