Jimatkan perbelanjaan, tingkat hasil bukan minyak

Jimatkan perbelanjaan, tingkat hasil bukan minyak

BANDAR KUWAIT, 26 Nov (AFP) – Berdepan dengan kerugian besar ekoran harga rendah minyak, negara-negara Teluk mengambil langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan hasil bukan minyak, tetapi para penganalisis memberi amaran tentang lebih banyak lagi yang harus dilakukan.

Selepas lebih sedekad lebihan yang banyak ekoran harga minyak yang tinggi, enam negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dijangka akan mengeluarkan gabungan kurangan AS$180 bilion dalam tahun 2015 dan akan berterusan beberapa tahun.

Sebilangan negara telah pun mengurangkan subsidi, sementara yang lain menimbangkan langkah untuk mengurangkan perbelanjaan.

Ketua Dana Matawang Antarabangsa Christine Lagarde memberitahu menteri-menteri kewangan GCC di Qatar bulan ini bahawa ‘harga tenaga sejagat mungkin masih rendah beberapa tahun dan menggesa mereka supaya menyesuaikan belanjawan mereka.’

Lagarde memberi amaran bahawa GCC, yang bergantung pada pendapatan tenaga bagi 90 peratus hasil mereka, seharusnya mengurangkan kebergantungan pada minyak dan gas.

Pada tahun 2014, negara-negara GCC – Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu telah mencatatkan lebihan kecil AS$24 bilion, menurun dari $182 bilion tahun sebelumnya, menurut perangkaan IMF.

Negara Bahrain, Oman dan Arab Saudi pada akhir tahun 2014 mencatatkan merah buat pertama kali sejak krisis kewangan sejagat pada tahun 2009.

Harga minyak dunia jatuh lebih 50 peratus sejak Jun 2014 dan IMF telah meramalkan ia akan membawa kepada penurunan AS$275 bilion dalam hasil GCC tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA