Jimmy Walker kini pemain No.15 dunia

Jimmy Walker kini pemain No.15 dunia

PARIS, 3 Ogos – Jimmy Walker melompat 33 tangga dalam ranking golf dunia pada Isnin lalu hasil daripada kemenangan Kejohanan PGA ke atas Jason Day di Baltusrol.

Pemain Amerika Syarikat berusia 37 tahun itu telah masuk semula ke dalam 20 teratas buat kali pertama sejak Oktober lalu di nombor 15, selepas mendapat par pada lubang terakhir dengan satu pukulan pada hari Ahad lalu.

Pemain nombor satu dunia, Jason Day dari Australia menguatkan kedudukannya di puncak ranking tersebut, walaupun pukulan ‘eagle‘ beliau pada lubang ke-72 itu tidak cukup untuk mempertahankan kejuaraannya.

Pemain dari Afrika Selatan, Branden Grace juga membuat perubahan dalam kedudukannya di PGA apabila kembali semula antara pemain 10 teratas di dunia dalam sukan itu. – AFP

Walker bermain golf mini semasa lawatan media di New York Isnin lalu. – AFP
Walker bermain golf mini semasa lawatan media di New York Isnin lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA