Jin belum minat jadi profesional

Jin belum minat jadi profesional

SINGAPURA, 9 Okt (Reuters)  Pemain golf amatur di Asia-Pasifik mempunyai sedikit kelegaan terhadap beberapa tahun akan datang dengan pemain remaja dari China, Jin Cheng berkata dia tidak merancang untuk bertukar menjadi pemain profesional pada masa terdekat.

Pemain itu, 17, yang melihat pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth dan pemain terhebat China, Zhang Lianwei sebagai model peranannya, dimahkotakan juara Amatur Asia-Pasifik pada minggu lalu dalam edisi penutup tirai 2015 di Hong Kong.

Dengan trofi itu juga sebagai tempat pertama dalam pertandingan itu bagi Master AS tahun depan di padang Augusta National di Georgia dan juga tempat dalam kelayakan bagi Terbuka British.

Hideki Matsuyama dari Jepun, 23, pemain nombor 15 dunia, menggunakan kemenangan hadiah amatur itu pada 2010 dan 2011 bagi membantu permulaan hebat dalam kerjaya profesionalnya, dengan kemenangan pertama dalam Jelajah PGA AS pada tahun lepas.

Jin, percaya langkah seperti itu masih jauh baginya.

“Mungkin tidak dalam masa terdekat, kerana saya tidak rasa saya bersedia,” dia memberitahu wartawan dalam persidangan hari ini selepas kemenangannya yang “menukar kehidupan.”

“Saya memerlukan lebih banyak pengalaman dan mempelajari lebih banyak dan mempelajari kemahiran saya lagi.”

Jin, 19 dalam rangking amatur dunia, berpeluang untuk mendapatkan pengalaman di Terbuka Venetian Macao minggu depan dalam Jelajah Asia, pertandingan yang di menangi oleh Zhang sebanyak dua kali.

Kejayaannya di Hong Kong dilihat akan meletakkannya di Kejohanan Golf Thailand dan juga pertandingan dalam Jelajah PGA China, walaupun dia berkata jadualnya belum disahkan.

ARTIKEL YANG SAMA