Jin Wei rangkul gelaran antarabangsa pertama

Jin Wei rangkul gelaran antarabangsa pertama

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) – Bintang muda negara, Goh Jin Wei akhirnya merangkul gelaran antarabangsa pertama musim ini apabila menjuarai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Orleans di Paris, Ahad.

Bekas remaja dunia wanita 2015 itu, bagaimanapun berhempas pulas sebelum menundukkan pemain Indonesia, Fitriani Fitriani dalam rubber set, 15-21, 21-10 dan 21-17 dalam final perseorangan wanita.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juara berusia 16 tahun itu membawa pulang hadiah Euro 1,700, manakala Fitriani menerima Euro 1,000.

Jin Wei dijangka menyertai dua kejohanan bulan ini itu Terbuka Singapura dari 12 hingga 17 April disusuli Kejohanan Asia di Wuhan, China dari 26 April hingga 1 Mei ini.

ARTIKEL YANG SAMA