Jinjo Crew, Coreyah tampilkan persembahan hebat

Jinjo Crew, Coreyah tampilkan persembahan hebat

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Kumpulan tarian B-Boy yang terkemuka di dunia ‘Jinjo Crew’, yang disertai oleh gabungan band muzik terkenal Korea, ‘Coreyah’ membuat persembahan pembukaan pertama mereka khas untuk tetamu jemputan sahaja, di Indera Samudera Dewan Empire Hotel & Country Club, malam ini.

Jinjo Crew membuat penampilan mereka di Brunei bermula kelmarin hingga hari ini selaku jemputan untuk membuat persembahan di acara budaya ‘The Rhythm of Korea’ yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Republik Korea di Brunei dan Yayasan Korea di Korea.

Duta Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Cho Won-myung dalam ucapannya berkata, Jinjo Crew adalah kumpulan yang terkenal dengan teknik tarian yang luar biasa dan persembahan yang dinamik dan bakat setiap perseorangan daripada kumpulan berkenaan telah melayakkan mereka untuk menjadi duta budaya yang mengiringi Presiden Korea pada lawatan rasmi beliau di luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA