JIPK anjur Kempen Derma Darah 19 Nov ini

JIPK anjur Kempen Derma Darah 19 Nov ini

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) akan mengadakan Kempen Derma Darah pada 19 November 2016 ini di Bilik Latihan, Aras 3, Ibu Pejabat Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan hadir untuk sama-sama mendermakan darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Kempen yang akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 11 pagi itu merupakan aktiviti kerjasama JIPK dan Tabung Simpanan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA