JIPK anjur kempen derma darah

JIPK anjur kempen derma darah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) serta orang awam tampil menjayakan kempen menderma darah yang diadakan di Tingkat 3, Ibu Pejabat JIPK, baru-baru ini.

Kempen setengah hari anjuran oleh JIPK dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) merupakan acara tahunan jabatan berkenaan untuk memberikan kesedaran dan menanamkan sifat prihatin dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan sama-sama menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sekali gus dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Di samping itu, kempen ini juga dapat membantu menambah bekalan darah negara melalui Tabung Simpanan Darah, Hospital RIPAS.

Pegawai dan kakitangan yang menjayakan Kempen Derma Darah JIPK.
Pegawai dan kakitangan yang menjayakan Kempen Derma Darah JIPK.

ARTIKEL YANG SAMA