JIPK tahan 38 warga asing

JIPK tahan 38 warga asing

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Seramai 38 warga asing termasuk lima perempuan telah ditahan sementara oleh pegawai-pegawai Bahagian Penguat kuasa Undang-Undang (BPGN) Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengandungi pas imigresen yang masih sah, dalam Operasi Bersepadu Cekup JIPK 53/2015, tengah malam tadi.

Operasi di tiga sasaran rumah dan bilik sewa di Mukim Berakas dan Mukim Sungai Kianggeh, di sini, itu melibatkan tujuh agensi penguatkuasaan, termasuk Bahagian Pencegah Jabatan Kastam dan Eksesais Diraja, Bahagian Penguatkuasaan Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Buruh, Pasukan Polis Diraja Brunei (Bandar Seri Begawan, Berakas, Siasatan Jenayah Perdagangan Manusi dan CID), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Biro Kawalan Narkotik.

Dalam operasi itu, yang bermula dari pukul 9:30 malam tadi hingga 3:30 pagi tadi melibatkan 123 pegawai, pegawai Bahagian Penguatkuasaan Agama turut mendapati satu kes khalwat pasangan warganegara asing yang gagal membuktikan mereka adalah pasangan suami isteri.

Kedua-duanya didapati bersembunyi dan mengunci diri di dalam sebuah bilik sewa di Mukim Berakas, yang mana jika sabit kesalahan akan didakwa di bawah Bab 196 (1) Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

Pegawai bertugas membuat catatan sebelum perempuan warga asing dibawa ke BPGN JIPK.
Pegawai bertugas membuat catatan sebelum perempuan warga asing dibawa ke BPGN JIPK.
Beberapa pegawai ketika menjalankan siasat ke atas seorang perempuan warga asing yang didapati bersembunyi di sebalik pintu.
Beberapa pegawai ketika menjalankan siasat ke atas seorang perempuan warga asing yang didapati bersembunyi di sebalik pintu.

Sementara itu, Bahagian Pencegah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja menahan dua lelaki warga asing yang didapati menyimpan rokok tanpa amaran kesihatan Negara Brunei Darussalam di sebuah buah bilik sewa berasingan di Mukim Berakas.

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Buruh pula mendapati dua perempuan warga asing yang berjawatan sebagai pembantu rumah, tinggal berasingan daripada majikan mereka.

Jika terbukti bekerja sebagai pembantu rumah bebas, mereka dikira menyalahgunakan kebenaran lesen pengambilan pekerja asing dan perkara ini mendorong majikan melakukan kesalahan di bawah Bab 112(1) Perintah Pekerjaan 2009, dan jika kesalahan Bab 112(3) perintah yang sama, mereka akan didenda tidak kurang $6,000 dan tidak lebih $10,000 atau penjara kurang enam bulan dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi bersama ini antara lain bertujuan bagi menyatupadukan agensi penguatkuasaan di negara ini dengan mengongsikan maklumat dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan masing-masing bagi.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888.

ARTIKEL YANG SAMA