JIPK tambah waktu perkhidmatan

JIPK tambah waktu perkhidmatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan bahawa Bahagian Dokumen Perjalanan atau lebih dikenali dengan Bahagian Pasport di Ibu Pejabat, JIPK, Jalan Menteri Besar, di sini dan Pejabat Cawangan di Daerah Belait akan menambah waktu perkhidmatannya pada 25 Ramadan 1437H / 1 Julai 2016M mulai jam 8:15 pagi sehingga 11 pagi.

Dalam kesempatan ini, JIPK dalam kenyataannya memaklumkan bahawa setiap menjelangnya musim cuti penggal persekolahan terutamanya pada penghujung tahun, permohonan orang ramai untuk mendapatkan pasport turut meningkat dari hari-hari biasa.

Sehubungan itu, JIPK menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke luar negara supaya akan dapat merancang dengan bijak dan lebih awal dalam membaharui dokumen perjalanan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk memastikan setiap dokumen perjalanan mereka dalam keadaan baik dan teratur serta masih mempunyai tempoh sah laku yang dibenarkan.

Di samping itu, orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara terutama semasa musim percutian sekolah yang melintasi pos-pos kawalan imigresen melalui jalan darat juga dinasihatkan supaya akan dapat merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah bagi mengelak perjalanan mereka terperangkap di deretan kenderaan yang panjang.

ARTIKEL YANG SAMA