JIPK tambah waktu perkhidmatan

JIPK tambah waktu perkhidmatan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Setiap menjelangnya musim cuti penggal persekolahan terutamanya pada penghujung tahun, permohonan orang ramai untuk mendapatkan pasport turut meningkat.

Dengan itu, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan bahawa Bahagian Dokumen Perjalanan atau lebih dikenali dengan Bahagian Pasport di Ibu Pejabat JIPK, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan dan pejabat cawangan di Daerah Belait akan menambah waktu perkhidmatannya kepada orang ramai bermula 2 hingga 30 Disember, iaitu pukul 8:15 pagi hingga 11 pagi.

Dalam hubungan ini juga, JIPK dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke luar negara supaya akan dapat merancang dengan bijak dan lebih awal dalam membaharui dokumen perjalanan.

Orang ramai juga diingatkan supaya memastikan setiap dokumen perjalanan mereka dalam keadaan baik dan teratur serta masih mempunyai tempoh yang sah laku yang dibenarkan.

JIPK juga menasihatkan kepada orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara terutama semasa musim percutian sekolah yang melintasi pos-pos kawalan imigresen melalui jalan darat supaya akan dapat merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah bagi mengelak perjalanan mereka terperangkap di deretan kenderaan yang panjang.

ARTIKEL YANG SAMA