JIPK tambah waktu perkhidmatan

JIPK tambah waktu perkhidmatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Memandangkan permohonan pasport menjelang cuti penggal persekolahan meningkat berbanding hari-hari biasa, Bahagian Pasport di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) akan menambah waktu perkhidmatannya setiap hari Jumaat bermula 6 November hingga 18 Disember 2015 dari jam 8:15 hingga 11 pagi.

Menurut satu kenyataan, hari ini, tambahan waktu perkhidmatan itu melibatkan Ibu Pejabat JIPK di Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, pejabat cawangan di Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat perjalanan ke luar negara supaya merancang perjalanan dengan bijak dan memperbaharui dokumen mereka lebih awal.

Orang ramai juga diingatkan agar memastikan setiap dokumen perjalanan mereka dalam keadaan baik dan teratur serta masih mempunyai tempoh sah laku yang dibenarkan.

Di samping itu, orang ramai yang ingin membuat perjalanan ke luar negara melalui pos-pos kawalan imigresen jalan darat disarankan supaya merancang masa perjalanan dengan bijak bagi mengelak terperangkap dalam deretan kenderaan yang panjang.

ARTIKEL YANG SAMA