Jiran-jiran kukuh silaturahim

Jiran-jiran kukuh silaturahim

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Dalam mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama jiran, penduduk Simpang 415-49, Jalan Wasai Limuru, RPN Kampung Tanah Jambu, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Sejiran.

Majlis yang berlangsung di rumah Tuan Malik itu juga diserikan dengan persembahan nyanyian yang didendangkan oleh ahli-ahli jawatankuasa majlis berserta dengan acara memotong pulut kuning yang disempurnakan oleh setiap ketua rumah.

Antara tujuan majlis adalah untuk memupuk semangat kejiranan dan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu serta dapat merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam pembentukan Negara Zikir.

Antara jiran-jiran Simpang 415-49 yang menghadiri majlis itu.
Antara jiran-jiran Simpang 415-49 yang menghadiri majlis itu.
Persembahan nyanyian turut memeriahkan raya jiran sekampung.
Persembahan nyanyian turut memeriahkan raya jiran sekampung.

ARTIKEL YANG SAMA