JIS A, 6T4 juara bersama bola sepak 15 tahun

JIS A, 6T4 juara bersama bola sepak 15 tahun

Oleh Mohamad Asyramisynaie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak di Bawah 15 Tahun 9 Orang Sepasukan akhirnya mengumumkan pasukan JIS A dan 6T4 sebagai juara bersama dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas hari ini.

Pasukan 6T4 sebelumnya mengalahkan pasukan JIS B dengan jaringan 2-0 di peringkat separuh akhir, sementara Pasukan JIS A pula mengecewakan Pasukan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA) All Star dalam sepakan penentuan penalti setelah terikat tanpa jaringan.

Berada di tempat ketiga kejohanan adalah Pasukan SMSUA All Stars yang menewaskan JIS B dengan jaringan 1-0 sebelum cuaca semakin buruk dan menyebabkan perlawanan akhir di batalkan oleh pihak penganjuran.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada barisan pemenang ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Brunei Darussalam, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

Ketua pasukan JIS A dan 6T4 menjulang piala rebutan kali ini.
Ketua pasukan JIS A dan 6T4 menjulang piala rebutan kali ini.
Gambar ramai di akhir majlis itu.
Gambar ramai di akhir majlis itu.

Terdahulu pada sebelah pagi kejohanan tersebut, majlis pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Ar. Haji Idris bin Haji Abas.

Majlis pagi tadi itu juga dimeriahkan dengan penampilan istimewa daripada barisan pemain Brunei DPMM FC yang mengadakan sesi pemanasan badan bersama kesemua pemain daripada 16 pasukan yang berentap dalam kejohanan itu kali ini.

Kejohanan berkenaan dianjurkan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

ARTIKEL YANG SAMA