JIS anjur Piala Borneo 2016

JIS anjur Piala Borneo 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Abdul Hakiim Yakof

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) hari ini menghoskan Piala Borneo 2016 bagi Bola Jaring Tahun 6 hingga 8 dan Bola Sepak bagi Tahun 7 hingga 8 di padang sekolah berkenaan bagi acara bola sepak dan di gimnasium sekolah berkenaan bagi acara bola jaring.

Bagi acara bola sepak, Pasukan Nighthawks tampil juara apabila mengalahkan Pasukan Lizards dan menyaksikan Pasukan Thunder pula tampil juara liga kejohanan berkenaan.

Bagi acara bola jaring pula Pasukan Raspberries tampil juara menewaskan Pasukan Sekolah Menengah Tanjung Maya.

Juara bahagian bola jaring.
Juara bahagian bola jaring.

ARTIKEL YANG SAMA