JIS hulur sumbangan kepada anak yatim

JIS hulur sumbangan kepada anak yatim

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Seramai 93 orang anak yatim dari kawasan Rimba dan Tungku, hari ini, menerima sumbangan daripada Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong dan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

Sumbangan disampaikan bersama oleh Pengetua Sekolah Antarabangsa Jerudong, Barnaby Sandow dan Pengetua Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong, Hajah Noraidah binti Haji Tengah.

Sumbangan merupakan hasil kutipan daripada ibu bapa pelajar dan juga warga sekolah berkenaan.

Barnaby Sandow ketika ditemui menyatakan perasaan gembira kerana dapat melibatkan diri untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang menyampaikan sumbangan yang mana ia mengingatkan kita untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik tambahan lagi bulan Ramadan adalah antara bulan penting dalam kalendar Islam.

Barnaby Sandow dan Hajah Nooraidah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dari kawasan Rimba dan Tungku.
Barnaby Sandow dan Hajah Nooraidah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dari kawasan Rimba dan Tungku.

ARTIKEL YANG SAMA