JIS naib juara tenpin boling

JIS naib juara tenpin boling

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Lima orang pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) baru-baru ini telah menyertai Kejohanan Tenpin Boling 2016 bagi sekolah-sekolah menengah dan kolej-kolej di Brunei Darussalam yang berlangsung di Utama Boling, Batu Satu, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan dihoskan oleh Sekolah Sukan itu ialah Pemangku Pengarah Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Roslin bin Haji Suhaili.

Pasukan JIS yang diwakili oleh Arif Amir Hamzah, Timothy Lim, Aiman Effendy, Natasya Rafie dan Akmal Effendy telah muncul naib juara Kategori Berpasukan kejohanan tersebut.

Manakala, Kapten Pasukan JIS, Natasya Rafie juga muncul naib juara pada Kategori Perempuan di mana dia juga dianugerahkan sebagai pemain perempuan terbaik.

JIS merupakan juara bertahan kejohanan itu, namun tidak mampu mempertahankan kejuaraan tahun ini disebabkan perubahan para pemain dan hanya mempunyai seorang pemain simpanan dalam pasukan.

Pelajar-pelajar JIS yang menyertai kejohanan itu bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Pelajar-pelajar JIS yang menyertai kejohanan itu bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA