JIS sambut Hari Bumi

JIS sambut Hari Bumi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) tidak ketinggalan memperingati Sambutan Hari Bumi, semalam, dengan pelbagai aktiviti dan bengkel dalam Minggu Bumi anjuran jawatankuasa pelajar Eco-JIS.

JIS dalam kenyataannya menjelaskan, sekolah berkenaan memang telah mengamalkan persekitaran mesra eko sepanjang tahun dengan menggalakkan pelajar mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula.

Bagi sambutan tahun ini, JIS menumpukan mengenai kesedaran pengurusan sisa dengan matlamat mengurangkan sampah daripada tin, plastik dan kertas.

Semasa Sambutan Hari Bumi, derma $2 disumbangkan oleh setiap pelajar, di mana pada sambutan tersebut, mereka dikenakan untuk memakai baju berwarna hijau dan biru.

Pelajar-pelajar juga terlibat aktif dalam pengumpulan dana dengan mengadakan Jualan Makanan Sifar Sisa di mana mereka menjual dan melaksanakan dasar ‘tiada plastik’, yang memerlukan mereka menggunakan daun pisang sebagai tempat menyimpan makanan.

Para pelajar mencipta biosfera kilang mereka sendiri.
Para pelajar mencipta biosfera kilang mereka sendiri.

Tema utama minggu ini adalah kepentingan mengitar semula dan mengurangkan penggunaan plastik di sekolah, di mana pelajar-pelajar menunjukkan kreativiti mereka dalam kitar semula dengan mereka bentuk botol-botol plastik terpakai menjadi pemegang pen serta gelang fabrik dan aksesori.

Selain daripada itu, pertandingan-pertandingan mini seperti pertandingan ‘Upcycling Accessories’ dan pertandingan video ‘What not to do with your waste’ turut diadakan untuk memulakan minggu meningkatkan kesedaran mengitar semula bahan-bahan kitar semula.

Wang yang dikumpulkan sepanjang minggu ini akan digunakan untuk membiayai inisiatif-inisiatif Eco-JIS dan juga termasuk sumbangan kepada pertubuhan amal air bersih.

Eco-JIS adalah jawatankuasa aktif dipimpin pelajar yang sebelumnya menerima Anugerah Eko Perak daripada Sekolah-Eko. Mereka diiktiraf atas pencapaian dalam usaha ke arah gaya hidup mapan.

ARTIKEL YANG SAMA