JIS terima kunjungan rombongan SM Chung Ching

JIS terima kunjungan rombongan SM Chung Ching

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), baru-baru ini, menerima kunjungan daripada seramai 57 pelajar Tahun 8 dan tiga kakitangan Sekolah Menengah Chung Ching, Seria untuk melihat bagaimana JIS menggunakan teknologi digital dalam kurikulum sekolah.

Menurut kenyataan JIS, lawatan dimulakan di Auditorium Pusat Seni JIS, di mana Ketua Pembelajaran Digital JIS, Dr. Sherriden Masters, mengalu-alukan rombongan.

Dalam taklimat pengenalan, Dr. Masters telah menjelaskan mengenai konsep pembelajaran digital yang dilaksanakan dalam Kurikulum Kebangsaan British di sekolah berkenaan.

Tahun ini merupakan tahun kedua JIS menggunakan iPad dalam kurikulum bagi Tahun 8 hingga 10.

Dr. Masters menjelaskan, pembelajaran digital memperkasa pelajar untuk mengawal kejayaan mereka sendiri kepada pengetahuan dan pemahaman.

Rombongan pelajar SM Chung Ching bergambar ramai di hadapan Pusat e-Pembelajaran JIS.
Rombongan pelajar SM Chung Ching bergambar ramai di hadapan Pusat e-Pembelajaran JIS.
Rombongan ketika mendengar penjelasan mengenai teknologi digital di sekolah tersebut.
Rombongan ketika mendengar penjelasan mengenai teknologi digital di sekolah tersebut.

“Kami menggalakkan mereka untuk menyedari bahawa pembelajaran berlaku di kesemua persekitaran yang mereka lalui, bukan hanya dalam kelas,” beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam lawatan itu, sesuai dengan reputasinya mempunyai kemudahan seni kreatif yang hebat, rombongan juga telah dihiburkan dengan pertandingan Battle of the Bands separuh akhir yang diadakan di Bilik Latihan Orkestra Jabatan Muzik, JIS.

Rombongan ditunjukkan penggunaan teknologi kreatif di Fakulti Seni Muzik dan persembahan serta bengkel-bengkel reka bentuk produk Reka Bentuk dan Teknologi.

Selain itu, mereka juga berpeluang menyertai pembelajaran geometri interaktif untuk mencuba gaya pembelajaran dipertingkat di JIS.

ARTIKEL YANG SAMA