JKR agih ‘jerry can’ di RPN Meragang

JKR agih ‘jerry can’ di RPN Meragang

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Dalam usaha membantu penduduk yang mengalami masalah bekalan air, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa jabatan berkenaan sedang melaksanakan pengagihan ‘jerry can’ dan beg air bagi meringankan masalah setiap keluarga di Rancangan Perumahan Negara (RPN), Meragang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, mereka menyediakan 500 biji ‘jerry can’ dan beg air dengan air bersih yang kesemuanya boleh didapati di Taman Rekreasi Kampung Meragang, sejak 13 Februari bermula jam 4 petang sehingga 9 malam dan pada 14 Februari bermula dari jam 7:30 pagi sehingga 9 malam.

JKR juga menyatakan bahawa pengagihan air akan diteruskan sehingga bekalan air kembali stabil dan penduduk RPN Meragang boleh datang ke Taman Rekreasi Kampung Meragang untuk mendapatkan barangan berkenaan.

Kenyataan itu juga menjelaskan lagi bahawa setiap keluarga akan diberikan satu ‘jerry can’ dan lima beg air yang boleh digunakan semula.

Untuk sebarang aduan, mereka boleh menghubungi pihak jabatan melalui talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel ke alamat pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA