JKR mohon maaf atas gangguan air

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) memohon maaf kepada penduduk yang terjejas di kawasan Kampung Lambak Kanan, Kampung Madang, Kampung Manggis dan kawasan sekitarnya atas gangguan bekalan air, baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, hari ini, JKR menjelaskan bahawa pengeluaran bekalan air bersih ke kawasan terjejas adalah kurang daripada biasa kerana kegagalan elektrik baru-baru ini di loji rawatan air di samping kualiti air mentah kurang baik dari sungai yang masih lagi keruh warnanya. (Klik di sini untuk cerita lanjut)