Joaquin hampiri Bahamas

Joaquin hampiri Bahamas

MIAMI, 1 Okt (AFP) – Taufan Joaquin menunjukkan kekuatan hari ini ketika ia bergerak ke arah Bahamas, dengan ramalan masih tidak membawa kepada sebarang kesimpulan sama ada taufan ini akan melanda Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) atau keluar ke laut tanpa membuat pendaratan, menurut Pusat Taufan (NHC).

Joaquin, taufan ketiga musim Atlantik 2015, menjadi bertambah kuat lewat semalam menjadi Kategori 3 mengikut skala 1 hingga 5, dengan kekuatan angin maksimum 120 kilometer sejam.

Taufan itu dijangka meraih kekuatan dan mungkin menjadi Kategori 4 pada hari berikutnya ketika ia hampir atau di atas beberapa bahagian Bahamas, menurut NHC.

Beberapa model menunjukkan taufan beralih ke utara, membawanya ke pantai Carolinas atau negeri-negeri tengah Atlantik pada hari Jumaat atau Sabtu, menurut agensi itu.

Bagaimanapun laluan tepat taufan itu masih tidak jelas, dengan apa yang dikatakan oleh NHC alat ramalan ‘cemerlang’ yang menunjukkan ia mungkin keluar ke laut.

Taufan Joaquin bertambah kuat kelmarin ketika menuju ke arah Bahamas dengan kekuatan angin dan hujan lebat. – AFP
Taufan Joaquin bertambah kuat kelmarin ketika menuju ke arah Bahamas dengan kekuatan angin dan hujan lebat. – AFP

“Jarak hasil yang mungkin masih besar, dan termasuklah kemungkinan pendaratan taufan besar di Carolinas,” menurutnya lagi.

Gabenor-gabenor New York dan Connectcut dan para pegawai pengurusan kecemasan di New Jersey – negeri-negeri yang teruk terjejas oleh Taufan Sandy pada tahun 2012 dan telah pun mengalami hujan lebat yang tidak berkaitan Joaquin semalam – yang memberi amaran kepada para penduduk supaya mula membuat persiapan bagi kemungkinan taufan teruk.

Gabenor Viriginia Terry McAuliffe mengisytiharkan keadaan darurat untuk menangani banjir minggu ini dan kemungkinan mendaratnya Joaquin.

Amaran taufan berkuat kuasa bagi kepulauan tengah Bahamas dan amaran ribut tropika telah dikeluarkan bagi kepulauan tenggara.

Para penduduk di kepulauan yang berhampiran dengan laluan Joaquin, yang termasuklah Rum Cay, Pulau Long, Exuma dan Eleuthera, telah menyimpan makanan dan minuman dan menutup rumah dan perniagaan.