Jodoh hadir tanpa diduga

Jodoh hadir tanpa diduga

ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

 

MERUPAKAN sebuah karya yang diadaptasi daripada novel yang dihasilkan oleh Syamnuriezmil, Awak Sangat Nakal merupakan sebuah drama baru yang hangat ditayangkan di saluran Astro Ria.

Ia dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama ini juga mendapat sentuhan daripada pengarah berkaliber Azmi Hatta.

Siri drama tersebut juga turut dibintangi oleh Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra dan Syaffiq Sahli.

Kisah bermula dengan menampilkan pertemuan antara Johan Rizqin lakonan Sharnaaz Ahmad dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan ibu dan bapanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah lakonan Fadilah Mansor.

Erine Johanna lakonan Ayda Jebat yang bosan dengan suasana di kampung telah menjadikan Johan Rizqin lakonan Sharnaz Ahmad mangsa usikkannya.

Nantikan drama adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil di Astro Ria. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Azmi Hatta. Bersiaran mulai 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Nantikan drama adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil di Astro Ria. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Azmi Hatta. Bersiaran mulai 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira lakonan Ika Nabella, anak angkat Mak Munah.

Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah S.W.T. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan terlepas untuk terus mengikuti siri drama Awak Sangat Nakal sehingga ke penghujungnya yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

ARTIKEL YANG SAMA