Jodoh Queretaro, Ronaldinho berakhir

Jodoh Queretaro, Ronaldinho berakhir

MEXICO CITY, 10 Jun (AFP) – Jodoh kelab Mexico, Queretaro dan Ronaldinho bakal berakhir, pengurus pasukan memberitahu pada Selasa selepas setahun yang huru-hara untuk pemain hebat Brazil itu.

Ronaldinho tiba dengan gembar-gembur yang hebat tahun lepas tetapi bermula dengan kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dan ditempatkan di bangku simpanan selepas keluar dari stadium semasa separuh akhir bulan lepas.

Jurulatih White Roosters, Victor Manuel Vucetich berkata pasukannya memerlukan pemain yang ‘meningkat dan bukan menurun’.

“Ia bergantung kepada banyak faktor, banyak perkara tetapi tujuannya adalah tepat bahawa pada satu ketika dia tidak lagi bersama kita,” Vucetich memberitahu pemberita.

Kenyataannya disampaikan beberapa jam selepas harian Sepanyol Marca berkata bekas bintang Barcelona berusia 35 tahun itu mempertimbangkan untuk berpindah ke Los Angeles Galaxy di Major League Soccer AS.

Ronaldinho (kanan) dan William Da Silva meraikan jaringan semasa menentang Santos di stadium La Corregidora di Queretaro 31 Mei lalu. – Reuters
Ronaldinho (kanan) dan William Da Silva meraikan jaringan semasa menentang Santos di stadium La Corregidora di Queretaro 31 Mei lalu. – Reuters

Vucetich menyingkirkan Ronaldinho dari skuad untuk pusingan kedua separuh akhir Kejohanan Clausura 2015 kerana Ronaldinho meninggalkan stadium selepas digantikan pada pusingan pertama.

Queretaro masih berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah kelab tetapi tewas kepada Santos dengan agregat 5-3.

The White Roosters tewas 5-0 pada pusingan pertama dan menang 3-0 dalam aksi timbal balik dengan Ronaldinho masuk sebagai pemain gantian.

Beliau hampir menjadi wira apabila menjaringkan gol keempat yang tidak dikira kerana dia merampas bola dari penjaga gol ketika penjaga gawang itu berkira-kira untuk menyepak bola.

ARTIKEL YANG SAMA