Joe Allen selamatkan Liverpool

Joe Allen selamatkan Liverpool

LIVERPOOL, 14 Jan (AFP) – Jaringan penyamaan dramatik minit terakhir Joe Allen telah memberikan keputusan seri 3-3 dengan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, semalam.

Allen yang meledak gol voley cantik pada minit-minit akhir perlawanan berkata kepada BT Sport gol penyamaan yang itu disebabkan sikap positif, daya tahan dan semangat juang yang ditonjolkan rakan sepasukannya.

“Saya fikir ia adalah bukti kepada karektor yang kami miliki dalam bilik persalinan,” kata Allen. “Kami mempunyai keyakinan untuk terus berjuang sehingga wisel penamat.

“Kami jelas berdepan beberapa kekecewaan dalam perlawanan, untuk mendahului sebelum membuangnya sedikit demi sedikit dengan beberapa gol yang mengecewakan dan ia adalah memalukan. Namun kami kekal berjuang dan akhirnya kami mencapai sesuatu,” katanya.

Allen diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga Liverpool dalam pertemuan menentang Arsenal di Anfield, semalam. – Reuters
Allen diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga Liverpool dalam pertemuan menentang Arsenal di Anfield, semalam. – Reuters

Bagi Allen, menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan menentang pasukan calon juara memberikan pengurus The Red, Juergen Klopp keyakinan. Begitupun, dia turut memuji usaha yang ditampilkan Arsenal.

“Mereka datang ke sini dengan prestasi yang hebat, mereka kuat sepanjang musim,” kata Allen. “Kami perlu menghadapinya.

“Saya fikir ia adalah persembahan yang baik, dari awal hingga penghujung namun saya yakin ia adalah perlawanan yang menarik untuk disaksikan.”

Ketika ini, masa depan Allen di Anfield terus menjadi tanda tanya sejak kehadiran Klopp namun pemain tengah itu berharap prestasi baiknya baru-baru ini akan memberi keyakinan kepada pengendali dari Jerman itu.