Joe Hart cuba kawal emosi

Joe Hart cuba kawal emosi

LONDON, 15 Nov – Penjaga gawang England, Joe Hart mengakui sudah ‘sedar’ selepas dikritik atas tingkah lakunya yang tampak terlalu bermotivasi ketika Euro 2016.

Hart yang ketika ini dipinjamkan Manchester City ke kelab Itali, Torino menerusi rakaman video dilihat menepuk dada dan menjerit kepada rakan sepasukannya di terowong stadium sebelum perlawanan di Perancis dengan bekas penyerang kebangsaan, Ian Wright menuduhnya ‘terlalu bersemangat.’

Kesudahannya, gol mudah diberikan kepada Wales di peringkat kumpulan dan disingkirkan di peringkat 16 terakhir oleh Iceland.

“Saya sentiasa cuba untuk belajar dan mengadaptasi. Jelas ketika Euro ia bukannya tempoh terbaik saya,” katanya menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Sepanyol, semalam.

Joe Hart ketika beraksi pada perlawanan England menentang Scotland baru-baru ini. – AFP
Joe Hart ketika beraksi pada perlawanan England menentang Scotland baru-baru ini. – AFP

“Saya perlu berfikir bagaimana permainan saya dan apa yang saya lakukan, dan mungkin melakukan beberapa perubahan, bercakap dengan beberapa orang yang penting, mencari nasihat.

“Saya dan (pengurus sementara England) Gareth (Southgate) bercakap mengenainya. Kamu akan mendapat jalannya. Saya mempunyai banyak tenaga dan semangat. Tidak boleh dipersoalkan, ia mungkin terlalu banyak. – AFP