Joey Barton didakwa lagi

Joey Barton didakwa lagi

GLASGOW, 6 Okt – Midfield kontroversi Rangers Joey Barton telah menerima ‘notis aduan’ rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Scotland kelmarin selepas dituduh membuat pertaruhan untuk perlawanan bola sepak.

SFA mengeluarkan kenyataan pada Rabu di mana Barton bertaruh dalam 44 perlawanan antara 1 Julai hingga 15 September tahun ini.

Barton diberikan masa sehingga 12 Oktober untuk bertindak balas, dengan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 27 Oktober.

SFA bertindak berikutan laporan dalam beberapa media British bulan lalu bahawa Barton disiasat kerana didakwa melanggar peraturan taruhan.

Persatuan akhbar dan beberapa akhbar berkata, SFA telah mengkaji dakwaan terhadap pertaruhan Barton untuk musuh tradisi Glasgow Rangers, Celtic yang kalah besar sebelum dibelasah 7-0 oleh Barcelona pada perlawanan Liga Juara-Juara.

Pertaruhan pada perlawanan bola sepak oleh pemain dilarang sama sekali oleh SFA dan Barton, 34, boleh menghadapi penggantungan jika sabit kesalahan. Kenyataan SFA pada Rabu berkata, pertaruhan Barton jauh melebihi satu perlawanan.

Dalam usaha mengekalkan integrity sukan, SFA bersama beberapa liga, mempunyai peraturan ketat melarang pemain daripada bertaruh pada perlawanan, walaupun tidak melibatkan kelab mereka sendiri.

Pertuduhan terhadap Barton muncul selepas dia diharamkan daripada tugasan Rangers selama tiga minggu bulan lalu selepas bergaduh semasa latihan gara-gara Rangers tewas 5-1 kepada Celtic. Kejadian itu mendorong spekulasi dia mungkin bermain perlawanan terakhir untuk kelab.

Barton menandatangani kontrak dua tahun dengan Rangers Mei lalu selepas kelab itu dipromosi ke Liga Perdana Scotland. Dalam temu bual akhbar bulan lepas, beliau melahirkan rasa kesal menyertai Rangers.

Barton, yang mempunyai banyak rekod masalah disiplin, sebelum ini pernah bermain untuk Manchester City, Newcastle United, Queens Park Rangers dan Marseille. – AFP