JOGB terokai Pekan Marudi

JOGB terokai Pekan Marudi

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Kumpulan Pemilik Jeep Brunei (JOGB) disokong oleh GHK Motors Sdn Bhd baru-baru ini melakukan perjalanan menerokai Pekan Marudi di Miri, Sarawak yang disertai 20 pemilik kenderaan Jeep.

Menurut Ketua Pemandu JOGB, Haji Asmali bin Haji Mohamad, tujuan JOGB mengadakan perjalanan ke Marudi bukan sahaja sebagai satu perhimpunan malahan untuk meluangkan masa bersama pemilik Jeep lain yang ingin menerokai pekan itu menggunakan kenderaan mereka.

Marudi bersesuaian bagi aktiviti penerokaan menggunakan kenderaan itu kerana bentuk muka buminya yang mencabar dan menguji kemampuan Jeep menaiki feri melalui Sungai Baram dan melintasi beberapa buah kampung, katanya.

Sesi bergambar ramai kumpulan JOGB semasa di Marudi, Sarawak.
Sesi bergambar ramai kumpulan JOGB semasa di Marudi, Sarawak.

Perjalanan pada 1 dan 2 Oktober itu turut diberi bantuan teknikal dan pembaikan jika terjadi kecemasan oleh dua kakitangan GHK Motors yang menyertai perjalanan itu.

Kumpulan itu juga bercadang untuk mengadakan perjalanan seterusnya pada tahun 2017, menuju ke Merarap, Bario, Sarawak, Labuan dan juga Pontianak, Kalimantan.

Untuk itu, kumpulan itu menjemput pemilik kenderaan Jeep yang belum berdaftar untuk menyertai JOGB dan menghubungi Awang Abdul Halim di talian 8663661 untuk mendaftar dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.

ARTIKEL YANG SAMA