Johan Cruyff hidap barah paru-paru

Johan Cruyff hidap barah paru-paru

THE HAGUE, Belanda, 23 Okt (Agensi) – Pemain hebat bola sepak Belanda, John Cruyff bergelut dengan barah paru-paru, menurut jurucakapnya semalam.

“Dia dimasukkan ke hospital minggu ini bagi menjalani ujian dan barah paru-paru telah disahkan,” kata Carole Thate, jurucakap bekas bintang Ajax dan Barcelona itu, 68.

Dia tidak memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai keadaan Cruyff, sambil berkata dia berada di bawah ujian seterusnya.

Cruyff, yang mengukuhkan jentera serangan negaranya Total Football pada tahun 1970an, adalah seorang perokok ketika zaman kegemilangannya dan sehingga menjalani pembedahan jantung kecemasan pada 1991. Selepas itu dia menjadi seorang pengempen anti merokok.

Kerjayanya bermula di Ajax dan membawanya ke Barcelona di mana sebagai seorang pemain dan kemudian jurulatih, falsafah bola sepaknya meletakkan asas bagi pasukan Barca yang dominan sejak beberapa tahun.

Johan Cruyff. – AFP
Johan Cruyff. – AFP

Dia juga adalah salah seorang bintang, bersama Franz Beckenbauer dan Pele, yang berpindah untuk beraksi di Amerika Syarikat bagi meningkatkan profil bola sepak di sana. Cruyff beraksi bagi Los Angeles Aztecs dan Washington Diplomats.

Naib presiden kewangan Barcelona, Susana Monje memberikan ucapan terbaik kepada bekas pemain dan jurulatihnya.

“Kami mahu dari kelab memberikan John Cruyff dan semua rakannya pelukan besar selepas hari ini mendengarkan keadaan yang dilaluinya,” kata Monje.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, juga memberikan sokongan, dengan menghantar Twitter: “Semoga cepat sembuh bagi Johan Cruyff. Ini adalah satu lagi cabaran kepada penakluk.”

Persekutuan bola sepak Belanda dan Ajax juga menyatakan dalam keadaan terkejut dan mendoakan Cruyff dan keluarganya dalam keadaan sihat.

Cruyff menulis dalam akaun Twitter untuk menyuarakan terima kasihnya bagi mesej sokongan dalam bahasa Sepanyol, Belanda dan Inggeris.