Johnson curi tumpuan

Johnson curi tumpuan

KOHLER, AS, 16 Ogos (AFP) – Dustin Johnson melupakan sebarang memori buruk mengenai Whistling Straits apabila mendahului selepas pusingan pertama pada Kejohanan PGA AS semalam sekali gus mencuri tumpuan daripada Rory McIlroy dan Jordan Spieth.

Tolakan eagle dari jarak 28 kaki pada lubang ke-16 par-lima dan lima birdie menyaksikan Johnson menjadi pendahulu awal ketika pemain nombor satu dunia dan juara bertahan McIlroy, juara Masters AS dan Terbuka AS, Spieth dan pemenang Terbuka British, Zach Johnson menuju ke kotak tee pertama.

Ketika angin petang menyukarkan pemain untuk melakar catatan memberangsangkan di lapangan par-72 di tepi Tasik Michigan itu, catatan Johnson tidak dicabar hinggalah tamat pusingan pertama.

Pemain Sweden, David Lingmerth memberikan saingan sengit pada sebelah petang apabila menduduki tangga kedua dengan lima bawah par 67.

Dustin Johnson membuat pukulan pada lubang kedua pada pusingan ketiga Kejohanan PGA AS di Whistling Straits semalam. – Reuters
Dustin Johnson membuat pukulan pada lubang kedua pada pusingan ketiga Kejohanan PGA AS di Whistling Straits semalam. – Reuters

“Hari ini agak mudah,” jelas Johnson. “Saya berasa terlalu banyak bersabar, kekal fokus sepanjang hari dan semuanya menjadi. Saya berjaya menguasainya.”

Lapan pemain berkongsi tangga ketiga dengan empat bawah par 68: pemain Australia, Jason Day dan Matt Jones, pemain New Zealand kelahiran Korea Selatan, Danny Lee dan pemain Amerika, JB Holmes, Russell Henley, Matt Kuchar, Scott Piercy dan Harris English.

ARTIKEL YANG SAMA