Johnson dinobat pemain paling menonjol

Johnson dinobat pemain paling menonjol

MIAMI, 12 Okt – Dustin Johnson dinobatkan sebagai ‘PGA Tour Player of the Year’ kelmarin berikutan musim kejayaannya yang menyaksikan beliau meraih kemenangan pertamanya sebelum membantu Amerika Syarikat untuk kemenangan dalam Piala Ryder.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang bekerja keras untuk mencapai kedudukan teratasnya selepas mengatasi masalah peribadi, telah dipilih untuk anugerah itu selepas diundi oleh rakan-rakan profesional dalam jelajah itu.

“Kerja keras beliau di padang golf dan di gym berhasil dengan musim yang terbaik dalam kerjayanya dan undian ahli telah mencerminkan penghormatan rakan-rakan terhadapnya,” kata Pesuruhjaya Jelajah PGA, Tim Finchem.

Musim Johnson itu menyaksikan beliau memenangi Terbuka Amerika Syarikat dan juga Kejohanan Dunia Golf Jemputan-Bridgestone dan Kejohanan BMW.

Gambar fail 19 Jun 2016 menunjukkan Johnson memegang trofi kemenangan selepas menjuarai Kejohanan Golf Terbuka AS di Oakmont. Johnson berjaya menyapu bersih anugerah terbesar jelajah itu yang dinamakan selepas pemain yang paling menonjol. – AP
Gambar fail 19 Jun 2016 menunjukkan Johnson memegang trofi kemenangan selepas menjuarai Kejohanan Golf Terbuka AS di Oakmont. Johnson berjaya menyapu bersih anugerah terbesar jelajah itu yang dinamakan selepas pemain yang paling menonjol. – AP

Dalam 22 permulaannya, pemain nombor dua dunia itu mencatatkan 15 top-10 finishes dan 21 cuts.

Johnson telah memenangi sekurang-kurangnya satu acara Jelajah PGA dalam sembilan musim berturut-turut sejak tahun rookie beliau pada tahun 2008.

Kempen kecemerlangan Johnson 2016 datang dua tahun selepas dia telah mengambil cuti sukarela pada separuh kedua 2014 selepas dilaporkan diuji positif bagi kokain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA