Johnson juarai Jemputan Bridgestone

Johnson juarai Jemputan Bridgestone

WASHINGTON, 4 Julai – Dustin Johnson yang masih segar dengan gelaran major pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu, muncul juara di WGC Jemputan Bridgestone awal pagi tadi.

Johnson mencatat empat bawah par 66 pada pusingan terakhir untuk memintas pemain nombor satu dunia, Jason Day yang terlepas kejuaraan selepas diperangkap bogey dan double bogey di lubang 15 dan 16. “Saya bermain baik hujung minggu ini,” kata Johnson. “Pukulan tee saya baik, dan banyak pukulan dibuat dari atas fairway. Saya juga memukul dengan baik di atas green.”

Scott Piercy yang muncul naib juara di Terbuka AS, sekali lagi menamatkan saingan di belakang Johnson dengan hanya ketinggalan satu pukulan selepas melakukan 70 pukulan hari ini.

Pemain Australia, Day yang akan mempertahankan Kejuaraan PGA bulan depan, menamatkan pusingan dengan 72 pukulan untuk berkongsi tangga ketiga dengan trio AS – pemain nombor dua dunia Jordan Spieth, Matt Kuchar dan Kevin Chappell. – AFP

Johnson meraikan kejayaan sambil memegang trofi selepas menjuarai kejohanan golf Jemputan Bridge-stone di Kelab Firestone Country, semalam. - AP
Johnson meraikan kejayaan sambil memegang trofi selepas menjuarai kejohanan golf Jemputan Bridge-stone di Kelab Firestone Country, semalam. – AP