Johnson masih menaruh harapan

Johnson masih menaruh harapan

LIVERPOOL, 1 Mei (AFP) – Glen Johnson berkata Liverpool akan berusaha untuk menamatkan musim ini dengan kuat biarpun harapan mereka untuk selesai dalam empat kelompok teratas Liga Perdana sudah terpadam.

The Reds tewas 1-0 di Hull Selasa lalu menyebabkan mereka ketinggalan tujuh mata di belakang Manchester United dalam pemburuan kedudukan keempat dan kelayakan Liga Juara–Juara yang ditawarkan kepada kelab–kelab Inggeris.

Secara realistiknya itu bermakna harapan Liverpool untuk beraksi di Eropah musim depan tamat dengan kedudukan kelayakan dalam Liga Europa. Sementara perlawanan tambahan akan meletakkan bebanan ke atas Liverpool musim depan, kata Johnson kelab itu mahu untuk kelayakan bagi perlawanan kedua.

“Setiap pasukan mahu selesai di kedudukan tertinggi dalam Liga Perdana. Dengan Liga Europa, anda mendapat lebih banyak perlawanan, tetapi ia adalah perlawanan yang anda mahukan berbanding tiada langsung,” kata Johnson.

“Kami semua profesional. Jika tidak, kami tidak akan berada di dalam kelab seperti Liverpool. Kami ada empat perlawanan untuk memberikan konsentrasi dan mencuba mendapatkan beberapa mata. Sebab itulah kami memberikan tumpuan.”

Pemain pertahanan England, Johnson tidak akan mempunyai kontrak pada akhir kempen ini dan akan meninggalkan Anfield selepas musim berakhir. Pemain berusia 30 tahun itu menghabiskan masa enam tahun bersama Liverpool dan mahu memastikan tempohnya bersama kelab berada pada kedudukan tinggi.
“Sama ada ini musim terakhir saya atau tidak, anda masih mahu berada sekitar empat teratas. Saya selalu profesional sepanjang masa, selalu mahu beraksi dan masih seperti itu. Saya ada empat lagi perlawanan dan kemudian kita lihat apa yang kami lakukan pada musim panas,” kata Johnson.

Liverpool akan beraksi tanpa penyerang Mario Balotelli selepas pemain dari Itali itu mengalami kecederaan kaki dalam kekalahan kepada Hull tetapi Steven Gerrard akan kembali bersama skuad itu selepas direhatkan dalam kunjungan ke East Yorkshire.

ARTIKEL YANG SAMA