Johnson pimpin Terbuka British

Johnson pimpin Terbuka British

UNITED KINGDOMS, 19 Julai – Jaguh golf Amerika Syarikat (AS) Dustin Johnson mengetuai carta pendahulu Terbuka British, semalam yang turut ditangguhkan akibat cuaca buruk selain berita persaraan Tom Watson dan Nick Faldo.

Bekas pemain nombor satu dunia, Tiger Woods juga dijangka akan mengucapkan selamat tinggal – sekurang-kurangnya untuk tahun ini selepas bergelut dengan prestasi.

Johnson, yang hampir untuk memenangi kesemua empat gelaran Major yang ditawarkan sebelum dikecewakan di saat akhir melakukan pukulan 10 bawah par ketika bergandingan bersama rakan senegaranya, Jordan Spieth.

Spieth yang juga calon juara dan memburu gelaran Major keempat sekadar melakukan lima bawah par dengan kedua-duanya akan kembali ke lapangan hari ini bersama 40 lagi pemain selepas permainan ditangguhkan akibat cuaca buruk.

Pemain terbaik hari kedua ialah bekas juara amatur dunia dari Britain, Danny Willett yang melakukan 69 pukulan untuk keseluruhan sembilan bawah par 135. – AFP