Joker capai rekod kemenangan ke-30

Joker capai rekod kemenangan ke-30

MADRID, 6 Mei (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic merekodkan kemenangan ke-30 dalam musim yang dikuasainya selepas menewaskan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut 6-2, 6-1 untuk mara ke suku akhir Masters Madrid, awal pagi tadi.

Rafael Nadal dan juara bertahan, Andy Murray turut berada di landasan tepat untuk membuat perhitungan di separuh akhir apabila masing-masing mengatasi Sam Querrey dan Gilles Simon dengan straight set.

Djokovic yang beraksi di Madrid buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun tetapi tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan altitud berbeza di ibu kota Sepanyol itu untuk mara ke suku akhir dengan hanya tercicir sembilan permainan.

Pemain Serbia itu akan meneruskan pemburuan gelaran kelima musim ini dengan menentang Milos Raonic yang mara selepas menewaskan pemain pilihan ketujuh, Jo-Wilfried Tsonga 6-4, 6-4.

Reaksi Djokovic selepas menewaskan pemain Sepanyol Roberto Bautista ketika kejohanan Terbuka Madrid di Caja Magica (Magic Box) di Madrid, kelmarin. – AFP
Reaksi Djokovic selepas menewaskan pemain Sepanyol Roberto Bautista ketika kejohanan Terbuka Madrid di Caja Magica (Magic Box) di Madrid, kelmarin. – AFP