Joker mantapkan persediaan Terbuka AS

Joker mantapkan persediaan Terbuka AS

MONTREAL, 12 Ogos – Pemain ranking teratas, Novak Djokovic memulakan persediaannya Terbuka AS dengan menewaskan Thomaz Belluci 6-3, 7-6 (7/4) semalam untuk mara ke pusingan ketiga ATP Montreal Masters.

Tetapi Andy Murray tidak bernasib baik apabila pilihan kedua dari Britain itu dipaksa meninggalkan gelanggang pada kedudukan 4-4 semasa menentang Tommy Roberdo dari Sepanyol apabila hujan turun kurang dari sejam sebelum tengah malam, sekali gus membatalkannya untuk menamatkan persaingan sehingga hari ini.

Pilihan utama dari Serbia itu membuat kemunculan pertama sejak memenangi Wimbledon lebih sebulan lalu. Dia juga mencipta sejarah peribadi dengan kemenangan ke-250 di Masters 1000.

Djokovic mencatatkan kemenangan berturut–turut dalam siri elit dengan memenangi pertandingan lima terakhir sehingga Paris Bercy November lalu. Dia masih belum tewas dalam 27 perlawanan terakhirnya di Masters.

Djokovic sekarang menunggu pemenang dari AS, Jack Sock dan pilihan ke-14, Grigor Dimitrov. Sock menewaskan Adrian Mannarino 6-2, 2-6, 7-6 (7/5) sementara Dimitrov menyingkirkan Alexandr Dolgopolov 6-4, 7-5.

“Ia persaingan tegang bagi kedua-dua pemain,” kata Djokovic mengenai kemenangan keempatnya ke atas Bellucci dan yang pertama di gelanggang keras dalam persaingan itu. “Terdapat banyak ketegangan dan kualiti yang tinggi.

“Saya mampu untuk bertenang dan kuat dari segi mental pada masa yang tepat. Ia apa yang saya lakukan dalam pertandingan ini – keupayaan untuk bermain dengan baik dan terus tenang pada masa yang tepat dan mengatasi cabaran sukar.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA