Joker rangkul gelaran ketiga Wimbledon

Joker rangkul gelaran ketiga Wimbledon

LONDON, 13 Julai (AFP) – Juara bertahan Novak Djokovic menang gelaran Wimbledon ketiganya dan Grand Slam kesembilan selepas menewaskan Roger Federer, lewat semalam.

Pemain nombor satu dunia itu menang 7-6 (7/1), 6-7 (10/12), 6-4, 6-3 untuk menambah koleksi kemenangan selepas menjuarai Terbuka Australia, Januari lalu.

Selepas menundukkan jaguh Switzerland itu buat tahun kedua berturut-turut di pentas final, pemain nombor satu dunia itu mengatasi rekod dipegang Andre Agassi, Jimmy Connors, Ivan Lendl, Fred Perry dan Ken Rosewall yang memiliki lapan gelaran Grand Slam.

Djokovic atau The Joker kini hanya ketinggalan lima gelaran di belakang Rafael Nadal dan Pete Sampras yang mempunyai 14 kejuaraan manakala rekod yang dipegang Federer, dengan 17 kemenangan dianggap masih jauh.

Bagaimanapun, jika dibandingkan usia Djokovic yang baharu memasuki 28 tahun, peluangnya untuk mengatasi rekod dipegang Federer yang kini berumur 33 tahun, masih terbuka.

Djokovic mengamati trofi Wimbledon selepas menewaskan Federer dalam acara perseorangan lelaki semalam. – AFP
Djokovic mengamati trofi Wimbledon selepas menewaskan Federer dalam acara perseorangan lelaki semalam. – AFP

Lapan daripada sembilan gelaran Grand Slam dimenangi Djokovic diraihnya sejak Januari 2011.

Begitupun, sepanjang tempoh itu, dia turut dikecewakan dengan lapan kekalahan di pentas final Grand Slam dengan tiga daripadanya di Terbuka Perancis dalam tempoh empat tahun.

Namun bagi Federer yang berusia 33, yang pernah memenangi 17 kejuaraan major, beliau kini kemarau sebarang kejuaraan Grand Slam selama tiga tahun.

ARTIKEL YANG SAMA