Jokers berdepan cuaca tidak menentu

Jokers berdepan cuaca tidak menentu

PARIS, 31 Mei – Novak Djokovic dilihat akan menakluk cuaca dan pesaing 16 terakhir Roberto Bautista Agut hari ini dengan lebih banyak ramalan keadaan cuaca samar di Roland Garros.

Terbuka Perancis melalui cuaca basah pertamanya sejak 2000 semalam apabila semua jadual pertandingan dibatalkan kerana hujan lebat, dan terdapat lebih banyak masalah hari ini dengan diramalkan hujan akan terus turun.

Ancaman huru-hara pengangkutan juga berlaku pada pertandingan itu selepas kesatuan di Perancis meminta mogok baru ke atas rangkaian kereta api kebangsaan bermula hari ini dan di Paris Metro bermula Khamis.

Djokovic, yang berusaha membida bagi gelaran Terbuka Perancis pertama untuk melengkapkan kerjaya Grand Slam, menamatkan pertandingan pusingan ketiga menentang Aljaz Bedene dari Britain dalam keadaan yang hampir kelam pada Sabtu, dengan pemain nombor satu dunia kemudian meminta bagi lebih banyak lampu diperkenalkan di Roland Garros.

“Bagi Grand Slam anda perlu mempunyai cahaya. Saya berharap kami boleh memiliki secepat yang mungkin bagi keadaan ini, terutamanya dengan mempertimbangkan fakta ramalan cuaca bagi cuaca yang tidak dalam keadaan bagus pada hari berikutnya,” katanya.

Aksi Djokovic dalam perlawanan menentang Roberto Bautista-Agut semasa perlawanan pusingan keempat lelaki di Roland Garros semalam. Djokovic akan berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu dalam usaha untuk membida bagi gelaran Terbuka Perancis pertama untuk melengkapkan kerjaya Grand Slamnya - AFP
Aksi Djokovic dalam perlawanan menentang Roberto Bautista-Agut semasa perlawanan pusingan keempat lelaki di Roland Garros semalam. Djokovic akan berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu dalam usaha untuk membida bagi gelaran Terbuka Perancis pertama untuk melengkapkan kerjaya Grand Slamnya – AFP

Ketakutan tersebut berlaku semalam, yang menyebabkan Djokovic menghadapo prospek beraksi dalam 16 pesaing terakhir esok, suku akhir pada Khamis dan separuh akhir pada Jumaat, jika berlaku penangguhan hari ini.

“Ia tidak bagus bagi semua orang, anda tahu, menanti sepanjang hari bagi pemain, bagi peminat, bagi penganjur pertandingan. Jadi saya hanya berharap, anda tahu, banyak perkara akan berada dalam keadaan bagus pada masa depan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA