Jollibee buka cawangan di KBSentral

Jollibee buka cawangan di KBSentral

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 3 Dis – Rangkaian restoran makanan segera popular Jollibee telah membuka cawa-ngan keduanya di Daerah Belait yang terletak di aras bawah Pusat Membeli Belah KBSentral, di sini.

Pelancaran cawangan terbaru berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh Ketua Operasi Cawangan Brunei, Jhing R. Perias dan Pengurus Am KBSentral, Dayang Abby Lim.

Pembukaan cawangan ini, yang ke-13 di seluruh Brunei Darussalam, merupakan respons kepada permintaan orang ramai supaya membuka satu lagi cawangan Jollibee di sini.

Dalam temu bual bersama media, Jhing memberitahu keputusan membuka cawangan baru di Kuala Belait menandakan keyakinan dan kesungguhan baru untuk memberi perkhidmatan restoran makanan segera yang menyelerakan bagi para pelanggannya di sini.

“Cabaran di sini adalah untuk memberikan mereka (pelanggan) keselesaan tempat dengan mempamerkan konsep baru serta memberikan pengalaman terbaik kepada mereka dengan menjadikan menu skrin kami lebih interaktif yang memaparkan produk makanan di skrin LED,” beliau menjelaskan.

Dayang Abby dan Awang Jhing me-motong reben tatkala merasmikan pembukaan cawangan baru Jollibee di Pusat Membeli-Belah KBSentral.
Dayang Abby dan Awang Jhing me-motong reben tatkala merasmikan pembukaan cawangan baru Jollibee di Pusat Membeli-Belah KBSentral.

Tambahnya lagi, rangkaian Restoran Jollibee juga berhasrat untuk membuka lebih banyak cawa-ngannya di Kuala Belait bagi menampung permintaan pelanggan, di mana pihak pengurusan Jollibee percaya terdapat kemajuan yang sangat tinggi bagi Daerah Belait dan berusaha sepenuhnya untuk meletakkan kehadiran mereka di sini.

Selain itu, Jollibee juga menyahut objektif KBSentral de-ngan sama-sama mengambil tenaga kerjanya daripada kalangan anak-anak tempatan yang tinggal di Kuala Belait.

“Kami percaya dengan mengambil mereka (penduduk tempatan) yang tinggal di sekitar KBSentral untuk bekerja di sini akan dapat membangunkan ekonomi mere-ka dan objektif kami di sini adalah untuk mengambil sebanyak 70 peratus penduduk tempatan bekerja dalam beberapa jawatan pentadbiran dan jawatan lain yang berkaitan,” katanya lagi.

Pada masa ini Jollibee sedang mempromosikan produk Cheesy Bolognese Pasta, Coffee Float dan Chocolate Float, yang telah bermula sejak 24 November lalu dan pengunjung akan dapat mengikuti aktiviti yang disediakan bagi pelanggan-pelanggan mereka yang makan di sana.

ARTIKEL YANG SAMA