Jollibee lancar cawangan ke-14

Jollibee lancar cawangan ke-14

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Restoran makanan segera, Jollibee hari ini, secara rasminya telah melancarkan cawangannya yang ke-14 di Brunei sekali gus cawangan pandu lalu pertamanya bukan sahaja di negara ini malah di Asia.

Hadir merasmikan cawangan yang terletak di Kampung Kilanas, Mulaut itu ialah Duta Besar Republik Filipina ke Brunei Darussalam, Meynardo LB. Montealegre.

Menurut Ketua Negara Jollibee, Jhing Perias, pembukaan restoran pandu lalu Jollibee itu merupakan satu pencapaian besar bagi mereka, dan berharap dengan adanya cawangan pandu lalu ini akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan terbaik mengikut kehendak pelanggan.

Meynardo LB., Jhing Perias dan Liyana semasa perasmian cawangan ke-14 Jollibee.
Meynardo LB., Jhing Perias dan Liyana semasa perasmian cawangan ke-14 Jollibee.

Menjelaskan mengenai lokasinya, Jhing Perias berkata, ia amat bersesuaian untuk menarik kunjungan orang ramai atau pengunjung termasuk penduduk di sekitar berkenaan menikmati hidangan Jollibee sama ada di restoran atau bawa pulang.

Jollibee menyediakan tempat yang sempurna dan menu yang sesuai tidak kira umur dan lapisan masyarakat di negara ini yang mampu menarik perhatian pengunjung-pengunjung.

Turut memeriahkan pelancaran cawangan Jollibee itu ialah pelakon terkenal, Liyana selaku Duta Jollibee.

ARTIKEL YANG SAMA