Jom kunjungi Pesta Keluarga

Jom kunjungi Pesta Keluarga

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Bagi menggalakkan ibu bapa dan penjaga meluangkan masa bersama anak-anak mereka bersempena cuti persekolahan ini, Zarkasyi Event Management buat julung-julung kalinya mengadakan Pesta Keluarga yang berlangsung selama empat hari di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) bermula hari ini.

Di samping mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti peraduan mewarna, e-Cart, melukis muka, inai tangan dan Snookball, jualan mini bazar juga dijalankan di dua tempat berasingan di ICC iaitu Dewan Delima dan Dewan Persidangan (Main Conference).

Penganjur Pesta Keluarga, Dayangku Kartini binti Pengiran Abu Bakar ketika ditemu bual melahirkan harapan agar orang ramai akan dapat berkunjung serta menyokong usahawan belia-belia yang mengikuti bazar mini berkenaan di samping dapat menggalakkan usahawan-usahawan muda mempromosikan barangan dan produk mereka kepada orang ramai. Lebih 50 pengusaha tempatan menyertai Pesta Keluarga berkenaan.

Jualan mini bazar turut diadakan bagi memeriahkan lagi Pesta Keluarga di ICC.
Jualan mini bazar turut diadakan bagi memeriahkan lagi Pesta Keluarga di ICC.

Sebelum ini, Zarkasyi Event Management pernah menganjurkan Festival Vendor Brunei pada November lalu yang mengumpulkan usahawan-usahawan tempatan dan luar negara bagi mempromosikan barangan mereka di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara usahawan-usahawan dalam dan luar negara.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Pesta Keluarga ini sehingga 3 April ini dan memeriahkan lagi hujung minggu mereka bersama ahli-ahli keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA