Jom sertai ‘Belusir 2016’

Jom sertai ‘Belusir 2016’

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Mac – Bagi mengutip tabung amal SMARTER Brunei, Seas Company akan menganjurkan Larian Amal Daerah Tutong ‘Belusir 2016’ pada 24 April 2016 ini di Kompleks Sukan Daerah Tutong.

Sebanyak lima kategori dibukakan mengikut bayaran tertentu iaitu acara 1.5 km Fun Walk/Run dengan yuran penyertaan $25, 3 km Fun Walk/ Run sebanyak $25, 5 km bagi acara Larian Terbuka Lelaki dan perempuan sebanyak $30, 13 km Larian Terbuka Lelaki dan Perempuan sebanyak $35 dan 13 Km Larian Veteran bagi Lelaki dan Perempuan sebanyak $35.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan menyertai larian amal ini, dengan borang pendaftaran boleh didapati di Syarikat Seas, Kampung Tanjong Panjang, Tutong dan ZA Barakah Boutique, Hotel Centrepoint, Gadong.

Orang ramai juga boleh memuat turun borang pendaftaran di Laman Facebook ‘Syarikat Seas Brunei’ dan ZA Muslimah, atau laman Instagram @seas_company atau @za_barakah, atau menerusi http://goo.gl/P5QAaC. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 17 Mac 2016.

Antara yang sudah mendaftarkan diri untuk menyertai larian tersebut.
Antara yang sudah mendaftarkan diri untuk menyertai larian tersebut.

Seratus orang yang mendaftar awal di Seas Company dan 100 orang lagi di ZA Barakah akan berpeluang memiliki car shade bernilai $10 daripada Seas Company dan baucar diskaun 20 peratus daripada ZA Barakah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai larian sambil beramal ini bolehlah menghubungi talian 4220505 atau 8844505.

Acara anjuran Seas Company dengan kerjasama k_japar &alizamzainal, ZA Barakah dan Seri Nara Sdn Bhd. Belusir 2016 ini turut disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ZA Barakah Boutique dan Seri Nara.

ARTIKEL YANG SAMA