Jom sertai Futsal Hyundai Euro 2016

Jom sertai Futsal Hyundai Euro 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Setia Motors Sdn Bhd akan menganjurkan Kejohanan Futsal Hyundai EURO 2016 bermula pada 22 Mei hingga 4 Jun ini nanti.

Kejohanan tersebut hanya mengehadkan bagi penyertaan 32 buah pasukan sahaja dan pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan dua pasukan teratas akan mara ke pusingan kedua.

Tempat perlawanan ditetapkan di gelanggang futsal, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya di Berakas bermula 22 hingga 29 Mei sebelum perlawanan suku akhir sehingga ke perlawanan akhir akan berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bokiah Berakas.

pg22_160414_c

Bagi pasukan yang berminat menyertai kejohanan berkenaan perlulah mendapatkan borang penyertaan di Setia Motors di Kawasan Perindustrian Beribi II dan Setia Motors di Kuala Belait.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Mei dan undian akan dibuat pada 14 Mei di Bilik Pameran Setia Motors di Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA