Jones kejutkan JRFU ‘dari tidur’

Jones kejutkan JRFU ‘dari tidur’

LONDON, 29 Sept – Jurulatih dari Jepun, Eddie Jones memberikan kejutan ke atas lembaga Kesatuan Ragbi Jepun (JRFU), sambil mendakwa badan itu mengabaikan sukan tersebut serta meragui keupayaan skuad Brave Blossoms meraih kemenangan Piala Dunia ke atas Afrika Selatan.

Jones mengetuai Jepun dalam kejayaan ragbi terhebat mereka hanya seminggu lalu, kemenangan 34-32 ke atas Springboks yang mencetuskan hampir 20 juta warga Jepun menyaksikan perlawanan mereka seterusnya menentang Scotland, dengan kekalahan 45-10.

Kemenangan ke atas Afrika Selatan itu diberikan pujian ketika Jepun “yang baru bangkit” sebagai negara ragbi oleh pengulas seluruh dunia, tetapi Jones ragu terhadap prospek hos Piala Dunia 2019.

“Legasi sekarang adalah bagaimana Kesatuan Ragbi Jepun menggunakan kemenangan itu dan bagaimana kuatnya mereka dalam membangunkan sistem kejurulatihan yang bagus dan memperbaiki infrastruktur untuk melangkah ke depan,” jurulatih dari Australia itu, 55, memberitahu Kyodo News di pangkalan pasukan Jepun di Warwick, England.

Eddie Jones. – Reuters
Eddie Jones. – Reuters

“Ini seperti belon. Ia boleh pecah atau ia boleh menjadi pancutan sebenar. Ia pada keseluruhannya adalah tanggungjawab JRFU. Untuk terus meningkatkannya, banyak perkara perlu ditukar. Saya tidak akan kembali selepas Piala Dunia dan melakukan apa yang saya lakukan bagi empat tahun lalu kerana kami tidak akan memperbaikinya dengan cukup dalam struktur yang ada sekarang. Saya cukup tahu mengenai ragbi.”

Jones, yang melatih Australia dalam final Piala Dunia 2003, berkata Brave Blossom bukan hanya wakil pasukan pemain terbaik Jepun, tetapi juga bertindak sebagai pasukan perkembangan dan keadaan bagi kecederaan mereka.

“Kita perlu menggunakannya untuk memulihkan dan mengekalkan pemain yang cedera bersama kita kerana kita tidak akan dapat menghantar mereka kembali (ke pasukan domestik mereka),” katanya.

Dalam perkembangan lain, jurulatih England Stuart Lancaster menegaskan pasukannya perlu bangkit daripada kekalahan memilukan pada Ragbi Piala Dunia di tangan Wales apabila berdepan Australia pada pertembungan genting di Twickenham Sabtu ini yang akan menentukan nasib mereka pada kejohanan itu.

“Kami berdepan perlawanan besar menentang Australia dan kami perlu memastikan mampu bertindak lebih bagus serta bermati-matian,” katanya sehari selepas kalah 25-28 kepada Wales di Twickenham, Sabtu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA