Jordan bantah pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Jordan bantah pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

AMMAN, 6 April – Jordan menghantar surat bantahan pada Selasa kepada kedutaan Israel di Amman sebagai mengutuk pencerobohan berulang yang dilakukan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita China Xinhua, memetik laporan agensi berita rasmi Jordan, Petra.

Menteri Hal Ehwal Media Jordan Mohammad Momani berkata, Jordan mengutuk serangan Israel terhadap tempat suci umat Islam itu.

Kerajaan Jordan turut menggesa agar Israel menghentikan tindakan provokasi, pencerobohan dan keganasan yang dilakukannya.

Beliau berkata Jordan juga mengutuk percubaan Israel untuk mengubah status quo di Jerusalem.

Katanya Jordan akan terus mempertahan kawasan suci Islam dan Kristian di Jerusalem dan berusaha keras di peringkat antarabangsa untuk menghentikan keganasan Israel. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA