Jordan Ibe akan kembali beraksi

Jordan Ibe akan kembali beraksi

LIVERPOOL, 29 Dis – Pemain midfield Jordan Ibe mungkin kembali untuk perlawanan Liga Perdana Liverpool melawan Sunderland lusa tetapi James Milner perlu menunggu satu minggu lagi untuk baraksi, kata pengurus Jurgen Klopp.

Ibe telah menjadi pemain pengganti dalam dua perlawanan liga terakhirnya untuk Liverpool dan pemain Inggeris itu terlepas kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Leicester pada Sabtu lalu.

Milner masih diketepikan ekoran satu kecederaan buku lali pada awal bulan ini.

“Jordon Ibe telah kembali berlatih sejak semalam,” beritahu Klopp kepada wartawan. “Dia tidak sihat dan mempunyai beberapa masalah selama hampir seminggu. Kami perlu tunggu dan lihat. Semalam merupakan latihan normal sepenuhnya, namun kami perlu menunggu dan melihat bagaimana reaksinya.

“Millie (James Milner) akan memulakan sesi padang, bukan bersama pasukannya tetapi di luar esok. Kemudian, dia memerlukan satu minggu dan harus bermain selepas itu.”

Jordan Ibe berkemungkinan akan kembali beraksi buat Liverpool apabila bertandang ke Sunderland Khamis ini. - Reuters
Jordan Ibe berkemungkinan akan kembali beraksi buat Liverpool apabila bertandang ke Sunderland Khamis ini. – Reuters

Pengurus Jerman itu juga mengesahkan penyerang Belgium Divock Origi dijangka tidak mengunjungi Sunderland.

“Saya tidak dapat berkata mengenai Divock disebabkan buat masa sekarang saya tidak mempunyai keputusan imbasan,” kata Klopp.

“Jika tidak adanya keajaiban atau sesuatu seperti itu, maka dia tidak akan bermain dalam perlawanan seterusnya, maka kami perlu mencari penyelesaian untuk masalah ini.”

Liverpool telah menjaring empat gol dalam lima perlawanan liga dan kehabisan opsyen di barisan depan, dengan Christian Benteke sahaja memimpin serangan memandangkan penyerang Danny Ings disingkirkan untuk musim selanjutnya dengan kecederaan ligamen.

Klopp berkata dia menjangka cabaran yang sukar daripada Sunderland meskipun keadaan pasukan yang menyedihkan, dan Liverpool tidak akan memandang ringan perlawanan.

Sunderland menduduki tempat ke-19 dalam senarai kedudukan Liga Perdana selepas 18 perlawanan dan seri dalam empat perlawanan, ekoran kekalahan 4-1 mereka kepada Manchester City pada Sabtu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA