Jordan pertahan perjanjian gas dengan Israel

Jordan pertahan perjanjian gas dengan Israel

AMMAN, 3 Okt – Jordan hari ini mempertahankan perjanjiannya untuk membeli gas cecair asli Israel yang telah menggemparkan pembangkang awam, menegaskan persetujuan itu akan tidak akan mengakibatkan kebergantungan negara Arab ke atas kerajaan Yahudi.

Menteri Penerangan, Mohamed Momani, yang juga merupakan jurucakap kerajaan, memberitahu televisyen Jordan bahawa perjanjian itu akan mengurangkan AS$600 juta setahun dari bil tenaga kerajaan tersebut.

“Kami tidak akan bergantung pada Israel,” ujarnya.

Momani berkata kerajaan sedang berusaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan gasnya.

Ia adalah ‘terlalu mudah untuk mengatakan pemeteraian perjanjian itu bermaksud kerajaan itu menyokong pendudukan Israel,” katanya, merujuk kepada wilayah Palestin yang diduduki.

Ratusan warga Jordan mengambil bahagian dalam bantahan pada Jumaat di tengah Amman untuk memprotes ke atas perjanjian yang ditandatangani pada 26 September untuk mengimport gas cecair dari Israel.

Bantahan itu telah diseru oleh kesatuan perdagangan dan parti-parti politik yang membangkang pada perjanjian kedamaian 1994 antara Israel dan Jordan, separuh penduduk yang terdiri daripada asal Palestin.

Pembangkang Barisan Tindakan Islam, sayap politik Muslim Brotherhood, hari ini meningkatkan kutukannya ke atas perjanjian itu, mendakwa gas itu telah ‘dicuri dari perairan Palestin’.

Konsortium yang diketuai AS yang mengetuai pembangunan simpanan gas luar pesisir Israel mengumumkan perjanjian untuk menjual gas cecair asli dari padang Leviathannya ke Jordan.

Firma AS, Noble Energy, rakan utama, berkata kontrak bersama Syarikat Tenaga Elektrik Kebangsaan Jordan (NEPCO) adalah sekitar 300 juta kaki padu (8.5 juta meter padu) sehari selama tempoh 15 tahun. – AFP