Jordon tinggalkan Liverpool sertai Bournemouth

Jordon tinggalkan Liverpool sertai Bournemouth

LONDON, 15 Julai – Pemain sayap bawah 21 tahun England, Jordon Ibe dilaporkan berpindah dari Liverpool ke Bournemouth semalam dengan nilai bayaran sebanyak 15 juta pound.

Pemain berumur 20 tahun itu yang empat kali mewakili pasukan negaranya, menandatangani kontrak selama empat tahun dengan skuad The Cherries itu sebelum menyertai kelab berkenaan dalam jelajah di Amerika Syarikat selepas berputus asa apabila tidak menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama Liverpool.

Yuran perpindahan pemain itu melepasi rekod Bournemouth sebelum ini iaitu 9 juta pound bagi mendapatkan Benik Afobe daripada kelab divisyen dua, Wolves pada Januari lalu.

Liverpool yang menandatangani penyerang Southampton, Sadio Mane dari Senegal juga menyebabkan pemain itu mengakhiri kontrak selepas empat tahun setengah berada di Merseyside.

Jordon ketika meraikan jaringan selepas meledakkan gol semasa perlawanan UEFA League. Pemain berumur 20 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan skuad The Cherries dengan nilai bayaran sebanyak 15 juta pound. – AFP
Jordon ketika meraikan jaringan selepas meledakkan gol semasa perlawanan UEFA League. Pemain berumur 20 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan skuad The Cherries dengan nilai bayaran sebanyak 15 juta pound. – AFP

“Kami gembira membawa Jordon masuk ke kelab bola sepak ini,” kata Ketua Eksekutif Bournemouth, Neill Blake.

“Dia banyak bermain bersama Liverpool pada musim lalu dan kami tidak sabar untuk menyaksikan dia berkembang bersama kami, dia adalah prospek besar.”

“Kami kini menandatangani lima pemain pada musim panas ini, semuanya berbakat besar. “Ia menunjukkan betapa seriusnya kami untuk memupuk bakat di kelab bola sepak ini dan kami mempunyai perancangan masa panjang apabila kami katakan yang kami mahu kekal di Liga Perdana.” – AFP