JP lancar ‘Supakarts’

JP lancar ‘Supakarts’

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Jerudong Park (JP) terus meningkatkan imejnya sebagai taman hiburan yang terunggul di negara ini dengan melancarkan permainan terbarunya iaitu ‘SupaKarts’ pada Khamis ini (8 September).

Pengumuman tersebut dibuat pada sidang media di McDonald’s, Jerudong Park hari ini oleh Pengurus Kanan Jerudong Park Country Club, Awang Jeff Hadiman bin Dato Paduka Haji Danial.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah wakil-wakil dari Progresif Sdn Bhd dan McDonald’s serta wakil media yang lain.

Menurut Awang Jeff Hadiman, go-kart ‘Bandit’ akan digunakan di atas trek ‘F1’, manakala ‘Le Mans’ pula akan menggunakan trek ‘F2’.

‘Bandit’ direka bagi operasi sederhana tanpa menjejaskan daya tarikan pemandu dengan ciri-ciri keselamatan yang diperketat.

Awang Jeff Hadiman bersama wakil-wakil dari Progresif Sdn Bhd dan McDonald’s ketika sidang media di McDonald’s, Jerudong Park.
Awang Jeff Hadiman bersama wakil-wakil dari Progresif Sdn Bhd dan McDonald’s ketika sidang media di McDonald’s, Jerudong Park.

Go-kart berkenaan menggunakan enjin Honda berkuasa kuda 5.5 serta pengurangan kopling basah (wet clutch) 2:1 Honda.

“‘Bandit’ juga mempunyai alat kawalan yang dioperasi dengan dua sistem pedal (akselerator dan brek) dan ia juga mempunyai twin self-adjusting disc hydraulic brake pada kedua-dua tayar belakangnya.

Menurut pembekal, ‘Bandit’ adalah go-kart satu kerusi yang terkini dan menarik,” jelas Awang Jeff Hadiman.

Manakala itu, ‘Le Mans’ pula adalah go-kart yang mempunyai dua kerusi yang lebih kepada mesra keluarga dan dihasilkan untuk memaksimumkan potensi pelanggan bagi keseronokan perlumbaan untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak. ‘Le Mans’ juga mempunyai enjin, sistem alat kawalan dan brek yang sama seperti ‘Bandit’.

Wakil-wakil media ketika berpeluang menguji permainan baru ‘SupaKarts’.
Wakil-wakil media ketika berpeluang menguji permainan baru ‘SupaKarts’.

pg08_160906_b

Dari segi prosedur operasi keselamatan SupaKarts, pengunjung yang dibenarkan untuk menunggang kart solo mestilah sekurang-kurangnya mempunyai ketinggian 4 kaki 4 inci (52 inci) atau berumur 10 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur antara empat hingga 10 tahun dengan ketinggian minimum 2 kaki 9 inci mesti ditemani oleh seorang dewasa.

Para pengunjung akan dibawa berulang-alik menggunakan bas Jerudong Park dari kawasan Colonnade ke kawasan SupaKarts setiap 15 minit.

Selain itu, Awang Jeff Hadiman juga ada menekankan mengenai air pancutan muzikal (Musical Fountain) yang kini beroperasi secara penuh sejak tiga minggu yang lalu dan telah menarik lebih kurang 10,000 pengunjung.

Musical Fountain tersebut dibuka setiap malam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pagarnya akan dibuka bermula jam 7:30 malam dan pertunjukan akan diadakan pada jam 8:30 malam dan juga 9:15 malam.

Selain Musical Fountain, beliau juga menyentuh mengenai ‘Enchanted Night’ iaitu malam persembahan seperti nyanyian, silap mata dan ‘Bubble Show’ untuk kanak-kanak yang akan diadakan di Colonnade, Jerudong Park.

ARTIKEL YANG SAMA